Kisah Seram - Hantu Muzik

Ada sebuah keloarga Wong yang gemar memgumpul barang2 antik dan mereka ada membeli sebuah alat muzik kuno. Wong dan isterinya Mei sering bergaduh, ada saja perkara yang tak kena dalam kehidupan hariaan mereka.
Walaubagaimanapun, pergaduhan mereka reda setelah Mei mengandungkan anak pertama mereka. Hidup mereka kembali aman. Tetapi perkara yang menggerunkan telah berlaku. Alat muzik purba itu mula mengeluarkan muzik dengan sendirinya.Mei mula berasa takut tetapi dia tidak sedar yang muzik itu datang dari alat muzik purba tersebut. Apa yang menghairankan, muzik yang dimainkan adalah mengikut emosi Mei. Apabila dia berada dalam keadaan gelisah atau bersedih, alat muzik tersebut akan memainkan lagu yang akan menggembirakan Mei. Bukan saja Mei yang mendengarnya, malah Wong juga selalu terdengar alunan merdu muzik tersebut. Wo
Tetapi sekali lagi kegelisahan mereka terubat. Mei telah berjaya melahirkan bayi lelaki yang comel yang dinamakan Leong. Dipendekkan cerita, Wong dan Mei menggaji seorang pengasuh untuk mengasuh bayi mereka. Pengasuh tersebut adalah seorang yang berasal dari Indonesia.

Pada suatu hari, alat muzik itu sekali lagi memainkan muziknya. Kali ini muziknya seperti untuk menyambut kelahiran bayi tersebut. Pengasuh keluarga Wong terkejut dengan apa yang didengarnya. Dia segera ke tempat tidur Leong untuk memastikan keadaan bayi itu. Alangkah terkejutnya apabila didapati seorang tua sedang mendukung Leong. Pengasuh itu mula berasa takut dan segera memanggil Wong. Apabila mereka sampai ke tempat tidur Leong, mereka dapati bahawa bayi itu berada dalam keadaan selamat.

Pengasuh tersebut dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Tiba-tiba dia terpandangkan alat muzik yang tergantung di dinding rumah tersebut. Menurut pengasuh itu, alat muzik itu berasal dari Batak. Ia merupakan simbol perlindungan, nasib yang baik dan keharmonian. Barulah mereka tahu bahawa orang tua yang muncul itu ialah semangat untuk melindungi dan memastikan keluarga mereka berada dalam keadaan selamat.

Previous
Next Post »