Kisah Seram - Jalan Lama Bentong-KL

 

- Pagi pagi isnin mlm ahad adelah sgt jem di karak highway. kami dari kelantan gerak pukul 6 petang. pukul 6 pagi baru smpi. itu pun dkt tol bentong patah balik dan lalu jalan bentong-KL lama. jalan lama okeh. jln nyer sgt lah satu kereta je bleh lalu dan sgtlah U. mcm ular kena palu. dan seperti biasa, ada cerita cerita hantus di jalan yg kami lalu tu.
tp masa kami lalu maybe hantu takut nak lalu sebab kereta mmg panjang . org amek jln alternative ni sbb jem giler giler wapun masatu pukul 3 pagi.
okeh. di copy paste dari cariforum (credit giler2 kat cariforum)

stori 1
Salam..
Aku anak jati bentong..Nak tau story..emm rasanya mcm jln2 lain ade cerita masing2..ok cerita ni aku dapat dari pak gnah aku dan org terdahulu maklum la mereka hidup dlm zaman penjajah dan komunis..
Pada zaman Kumunis ni ade gak dgr2 cerita..zaman tersebut kira jalan ni mmg diangap kwsn hitam dan byk road block polis..Sy masih ingat lagi time tu klu nak g kl ikut jln lama mesti ade sekatan polis hutan..
Zaman dah berubah byk benda yg sy samar ttg cerita ngeri yg pernah diberitau rasanya malas nak sebut takut di tokot tambah lak..Ok mmg jln ni bengkang bengkok dari kl hingga la sampai bentong.Terdapat setengah2 jln hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan sahaja..Sami vellu pernah mengeluar kenyataan tidak akan membaik pulih kembali jln tersebut dengan alasan jalan baru terlah ada.
Mmg jln ni klu lalu redup je pemandangan dan cantik, ada sungai dan kolam air panas semula jadi..Kalau berkesempatan mandi la kat batu 7 bentong syok air dia sejukkkkk and nature..Kolam air panasnya pon mmg best..Selalu lepas tgk bola klu Pahang main di Selangor or kl mmg balik singah mandi kat kolam air panas ni tgh pagi buta lebih kurang kul 2 pg..Ramai2 la klu sorang2 tak dapat la..Selalu mandi pakai spender je hehehe tak de org pon lalu kecuali sekali sekala lori hati kering lalu..Tapi malang selepas Majlis Pembandaran Bentong membaik pulih dgn simen kembali tebing kolam tersebut kehangatan air tidak lg panas seperti sebelumnya..
Ok mmg pernah org melihat lembaga perempuan putih terapung2 di kolam tersebut.Abg sy sendiri pernah berhajat mandi di kolam tersebut dgn rakanya terpaksa membatalkan hasratnya apabila melihat kelibat perempuan berpakain putih..Fuhh terus demam..
Akhir tahun 2009 kawan rapat sy yg bekerja di Petronas Genting Sempah terbabit dengan kemalangan di jalan tersebut..Kereta Kancil yg dinaikinya terpelosok dibwh Bas mujurlah nyawanya panjang.Mmg tgk keadanya 50/50. Koma hampir 3 minggu hingga doktor mengatakan klu dia pulih mungkin akan mengalami kecedaraan otak..Tp doktor hanya mampu merancang. Dia pulih 98% dan masih mengalami trauma.
Sy try gak tanya mcm mana leh xcident..Di pon tak pasti sbb kereta yg dibwnya tidak la laju mmg boleh nampak kenderaan di hadapan tetapi sebaliknya tah mcm mana tiba ade bas depan..
Dalama satu cerita lain pula org kg sy yg menjadi pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepa bas last dr kl ke bentong lbh kurang kul 9 mlm dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yg kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebb leh katakan penuh..Bila hampir sampai di bentong penumpang2 tersebut menekan loceng utk turun di satu kawan yg mmg hutan..Mcm biasa la pemandu buat tak tau je..Sampai di stesen bentong bila kondoktor bas tu nak kira duit balik terkejut tgk dlm beg dia penuh gan daun saja, mana perginya duit2 td?..
Pak Ngah sy yg polis tu kata rakanya pernah terserempak dgn rashid maiden bersembahyang di berlapitkan daun pisang tp mrk hanya tergamam melihat kelibat rashid maiden sehingga la selesai sembahyang..
Klu pg dgkt balai polis bentong ade pameran2 dan gambar2 xcident yg berlaku di jln tersebut mmg horror la..Aku mmg tak ikut jln tu biar la kena tol..klu time perayaan mmg jln highway karak sesak teruk klu nak ikut jln kl lama mmg berbaloi la tak jam tp pastikan anda berkonvoi..Klu tak nampak la pocong or super girl berkeliharan.
Lagi satu kalau nampak keta Volkswagen kaler kuning memotong jgn la pandai2 nak potong balik..hehehe..sebenarnya lama gak aku tak dgr cerita keta ni sbb ianya hangat dikatakan sekitar tahun 80 dan 90 an dulu. Setaka pemandu keta takde kepala tu mmg selalu dgr la hehehehe..Lagi satu tempat tu mmg jd tempat membuang SAKA sejak dari dulu lg..
Moral jgn biarkan hidup anda depunuhi misteri.. 



Sumber 

 Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 

Previous
Next Post »